Friday, January 23, 2009

Cara kita membantu Palestin



ewaktu umat Islam Palestin disembelih, Pak LAh masih berseronok-seronok dengan sambutan tahun baru 2009 sedangkan negara Arab enggan berbuat begitu sebagai tanda simpati kepada Palestin. Artikel ini membincangkan cara-cara untuk menyelamatkan Palestin secara praktikal.



1. Iktiraf Palestin.
Tindakan UMNO yang enggan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah di Palestin meruapakan satu penghinaan kepada rakyat Palestin. UMNO hanya mahu mengiktiraf Fatah yang kalah pilihanraya di Palestin. Apabila UMNO dan kerajaan Malaysia enggan mengiktiraf Hamas, ini memudahkan Israel membunuh dan menyerang kerajaan Hamas yang dilabel sebagai militan dan teroris. Tindakan UMNO yang bersekongkol dengan Israel dalam keengganan mengiktiraf Hamas cukup memualkan. Anwar yang kerap difitnah sebagai agen Zionis pula bersunggguh-sungguh menggesa kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas.

2. Bina infrastruktur kekal dan hantar wakil Malaysia
Untuk mengelakkan Israel dari menyerang dan membunuh sesuka hati di GAza dan di Palestin, Malaysia dan negara-negara Islam harus menghantar wakil dan membangunkan infrastruktur kekal di Palestin. Sekiranya Israel menyerang Palestin di masa depan, Israel terpaksa membunuh dan menyerang bangunan wakil-wakil umat Islam dari seluruh dunia. Ini akan membuatkan Israel berfikir dua kali sebelum menyerang umat Islam. Ya, diakui bahawa Isreal memang sanggup menyerang bangunan UN pada masa lepas. Tetapi, kesanggupan negara-negara Islam menghantar wakil untuk berada secara kekal (bergilir-gilir) di Palestin menunjukkan keprihatinan umat Islam terhadap isu Palestin.

3.Wujudkan tentera OIC.
Pak LAh , UMNO dan Tun Mahathir memang pandai bercakap. Waktu zaman Tun Mahathir dulu, pernah kecoh seketika dengan isu dinar emas tetapi tak ke mana pun. Setakat retorik dan cakap sahaja. Kalau serius, Malaysia perlu terus membuat sidang tergempar OIC dan mennyatakan bahawa Malaysia memperuntukkan beberapa peratus askar islam (sebagai contoh 20%) sebagai tentera pengaman OIC. Sekiranya pembunuhan etnik atau penyembilahn umat Islam berlaku di mana - mana, Malaysia akan terus menghantar tentera pengaman OIC dalam masa 48 jam selepas memaklumkan kepada PBB. Memaklumkan, bukan meminta kebenaran. Kalau negara Islam sepakat, PBB takkan dapat menghalang negara-negara Islam tersebut.

4. Negara Arab yang kaya banyak
Setiap negara Arab dan negara Islam, khususnya yang kaya seperti Arab Saudi dan Brunei perlulah memberi peruntukan kewangan untuk membangunkan infrastuktur di Palestin. Kalau dah pondan sangat dan tak berani untuk menubuhkan tentera pengaman OIC, paling kurang negara-negara Islam perlu membiarkan Hamas membangunkan ketenteraan sendiri dengan bantuan kewangan..

5. Boikot produk Amerika/Israel setakat yang boleh


6. Salurkan bantuan persenjataan untuk pasukan keselamatan Palestine yang dipimpin Hamas.


7. Izinkan rakyat Malaysia yang ingin jadi sukarelawan ke sana untuk berikan bantuan kepakaran termasuklah mereka yang ingin jadi tentera sukarela.

8. Anggota OIC kena berani membalas Serangan Israel beramai-ramai jika mereka sentuh Palestine lagi.

Umat Islam perlu perbetulkan diri sendiri dulu. Perlu bersatu ! Perlu bijak dan Perlu Pandai.Perlu pertingkatkan penguasaan ilmu dalam semua bidang.

No comments:

Post a Comment