Wednesday, January 21, 2009

Kamikaze: Dr Mahathir tekad 'telanjangkan' perasuah Umno


KL: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau akan memuktamadkan senarai nama mereka yang mengamalkan politik wang dalam Umno sebaik sahaja beliau pasti ada bukti mencukupi untuk menyokong dakwaannya, menurut satu laporan akhbar tempatan.

'Saya harus berasa pasti sebelum saya memasukkan senarai nama itu.

Jika saya mempunyai bukti dan Umno tidak mengambil sebarang tindakan, maka saya akan memasukkan senarai itu.

Saya berharap lembaga disipilin (parti) itu akan bertindak terhadapnya dalam masa dua minggu,' kata Dr Mahathir, sebagaimana dipetik akhbar The New Straits Times (NST) semalam.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata semua laporan yang diterima beliau mengenai politik wang dalam Umno akan diserahkan kepada lembaga disiplin parti itu untuk tindakan lanjut.

Beliau juga merancang untuk menyerahkan laporan-laporan itu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Jika kedua-dua wadah itu gagal menghasilkan sebarang keputusan, beliau akan mendedahkan nama-nama mereka yang terbabit bersama laporan-laporannya dalam laman blog beliau, kata Dr Mahathir.

Beliau berkata satu tindakan berani perlu dilakukan bagi memulihkan semula imej dan kedudukan Umno, yang semakin tercemar oleh politik wang yang merebak.

Dalam laporan-laporan bahawa amalan rasuah pernah berleluasa semasa beliau menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau selalu mengakuinya tetapi ia 'tetapi tidak pada skala yang anda lihat sekarang'.

Malah, dalam tulisan terbaru beliau dalam laman blognya, www.chedet.com, yang disiarkan lewat kelmarin, Dr Mahathir meramalkan Umno akan kecundang dalam pilihan raya umum Malaysia ke-13 angkara politik wang yang berleluasa dalam parti itu.

'Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap Umno sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini. Kerana tidak suka pada kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN (Barisan Nasional) sudah ditolak di lima buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.

'Hari ini bukan Presiden sahaja yang dianggap tidak layak, tetapi seluruh kepimpinan Umno tidak disukai dan tidak dianggap layak memimpin negara kerana pencalonan mereka adalah hasil sogokan oleh mereka,' kata beliau dalam tulisan blognya bertajuk Rasuah dan Keazaman Politik.

'Memilih mereka bermakna memilih perasuah untuk mendirikan kerajaan. Masyarakat yang mana yang mahu terima kerajaan perasuah? Ramalan saya ialah UMNO akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke-13.

Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum,' katanya lagi.


P/s: "mengatuk aku dengar moyang aku kat atas tu melalut.lawak giler la moyang"


No comments:

Post a Comment